Puding Raja



Bahan-bahan:

4 sikat pisang lemak manis-buang kulit (guna pisang emas atau berangan pun ok gak)- saya guna 2 sikat je
1 cawan biji gajus digoreng-saya letak1/4 cawan jer
2-3 genggam jala mas-saya beli yang ready made sepaket ada 5 keping
200 gm buah prun potong 4-saya tak letak takde stok
Buah ceri merah/hijau secukupnya
2 sdb minyak sapi
Minyak untuk menggoreng
1 tin buah-buahan campuran-saya tambah




Untuk Kuah Puding:
1 tin susu cair
3 biji telur-ambil kuning sahaja
1/2 tin air-saya letak 1 tin
2 sdm tepung jagung-saya tambah 
1-2 cawan gula -saya letak 1/2 cawan jer (ikut citarasa masing2)
Daun pandan-simpul
Esen Vanila
Secubit garam-saya tambah 


Cara:

Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh.Goreng pisang sehingga kuning.Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk menyerap minyak yang berlebihan.Kemudian goreng gajus.Angkat dan ketepikan.



Kuah Puding:
Pukul kuning telur bersama susu cair dan air.Tapis untuk membuang tali pusat telur putih.Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut.

Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat.Masukkan sedikit esen vanila dan kacau selalu supaya tidak bergentel.Keluarkan daun pandan bila siap.

Cara menghidang:
Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk.Taburkan jala mas.Kemudian aturkan buah prun,ceri dan gajus.Tuangkan kuah keatasnya apabila hendak makan.

atau




Aturkan pisang di dasar acuan,taburkan buah-buahan campuran, diikuti dengan kuah,kemudian taburkan jala mas akhir sekali baru taburkan gajus, ceri merah, hijauterpulang kepada anda untuk mencuba cara mana yang lebih selesa 








Sumber:Azie Kitchen
Olahan rasa:mamamiasanasini.blogspo
t
NewerStories OlderStories Home

0 comments: