Resepi Kek Coklat Anis Chocolate Moist Melt


Bahan A

  • 1 cawan air
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan serbuk koko

Bahan B

  • 2 biji telur
  • 1 cawan tepung (tak dinyatakan pula tepung apa)
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh Double Action baking powder

Cara Menyediakan kek Anis Choc Moist

  1. Masak bahan A di atas api sederhana. Masakkan ia sehingga semua gula larut di dalam air.
  2. Telur pula dipukul di dalam mangkuk lain, dan kemudiannya dimasak sekali dengan bahan A tadi.
  3. Akhir sekali, masukkan tepung, soda bikarbonat dan Double Action.
  4. Kukuskan kek tersebut untuk mendapat moist yang diinginkan. Ia akan masak lebih kurang setengah jam.

Bahan C

  • Coklat masakan
  • Sedikit mentega
  • Whipping cream
Campurkan semua bahan C yang akan digunakan untuk topping kek coklat tadi. Masak dengan teknik double boil.

Alternatif Bahan C

  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan serbuk koko

Panaskan minyak masak dan masukkan susu pekat dan serbuk koko. Jika mahu topping nampak pekat, boleh tambah, dan boleh kurangkan. Atau boleh tambahkan sedikit susu penuh krim. Kacau bahan-bahan ini sehingga sebati. Siap untuk topping kek coklat.


NewerStories OlderStories Home

0 comments: