Homemade Caramel Popcorn Seperti KLCC



Dek kerana mengidam garret popcorn yang nun di klcc tuh, aku youtube resipi di internet dan hasilnya hampa. So berkat kreativiti otak yang datang dari galaksi mana ntah, di mana resipi ni tak pernah wujud kat internet, so aku pun buat cara aku. Frankly speaking, ni first attempt aku buat dan terus menjadi dengan gayanya. Sangat sedap dan crunchy. So here we go jom layan movie kat hbo tu dengan homemade popcorn.

Langkah #1 - Buat Popcorn


Bahan-bahan:
2-3 sudu besar minyak masak (aku guna minyak kanola - jenama naturel)
Kuali yang siap ada penutup
2 genggam jagung kering (macam kat atas nun, murah je boleh cari kat Jusco RM2.20 sebungkus)


First, panaskan minyak. Bila dah panas, campak 2 genggam jagung, kacau sampai semua jagung dah kena minyak, tukarkan api jadi medium, tutup kuali. Then enjoy the show. Tengoklah jagung tu meletup dengan muka jakun. 


Sabar, lagi seminit dua meletup ler tu. Bau dia perfect combo time nih!


Apabila popcorn dah start meletup, kalau boleh rajinkan diri gerak gerak, kacau kacau kuali tu dari luar. Tu untuk make sure semua pop corn meletup. Yang penting, jangan bukak tudung periuk tu. Tunggu je sampai semua pop corn meletup dan tak ada bunyi letupan langsung lagi dah. Lepas tu boleh tutup api.

  
There you go. First step dah siap. Keluarkan pop corn ni pastu letak kat bekas lain (jangan biar dalam kuali nanti boleh hangus). Dari 2 genggam terus jadi satu periuk penuh!


Langkah #2 - Caramel Sauce


Dalam kuali yang lain, campurkan bahan bahan ni semua dan panaskan dalam api yang medium sambil kacau rata

Bahan-bahan
1 cawan gula perang
4 sudu besar salted butter
1/2 tin susu manis
1 sudu besar vanila extract


So kerjanya mudah je. Kacau bahan ni semua sampai gula dan butter cair. Teruskan kacau sampai dah nak mendidih dan bila je nak mendidih boleh terus padam api. Jangan biar dia mendidih lama sangat nanti kalau hangus rasa dia tak sedap. 

Lepas tu, cuba try rasa dulu. Kalau kau rasa adunan tu manis, boleh letak nescafe satu sudu untuk balancekan rasa dia. Tapi kalau rasa dah ok/ minat manis, boleh proceed ke next step terus.


Langkah #3 - Mix & Re-heat






Next, tuangkan caramel sauce tadi kat dalam pop corn dan kacau sampai rata. Sampai kau puas hati. Sampai kau rasa tak payah nak pilih popcorn mana yang ada caramel yang mana putih je. Ratakan sampai kau puas hati! Hahaha


Lepas tu ratakan popcorn tu semua atas dulang yang dah dialas dengan baking paper. Agak agak kalau tebal sangat popcorn tu atas satu dulang, pakailah 2 dulang. Kalau boleh kita nak layer popcorn tu nipis je, baru crunchy nanti. Oh dan time ni, pop corn akan jadi lemau sikit. Nevermind sebab kita akan bakar dia dalam oven pulak.


Panaskan dalam oven selama 35-45 minit sampai popcorn tu nampak kering. Guna suhu 160 celcius dengan haba atas bawah. Setiap 10 minit, keluarkan dari oven dan kacau guna senduk. Kalau dia melekat, pisahkan. Baru nampak macam popcorn sikit!

Perkara yang perlu take note kat sini, masa kau baru bukak oven tu, memang standard popcorn tu rasa lemau sikit. Trick dia adalah kau kena biarkan dia sejuk sikit baru popcorn tu crunchy dan sedap! So bila dah sedap maknanya popcorn kau dah siap lah! Boleh simpan dalam bekas kedap udara lepas tu! 

Hasil


Trust aku, nak buat ni senang gila wei dan rasa dia memang insyaAllah sedap! Buktinya belum sempat popcorn ni masuk balang dah tinggal sikit dah family aku rasa. Dalam berapa minit je tuh! Hahaha.



Sumber: http://www.matboyot.com/
NewerStories OlderStories Home

0 comments: